2025-11-13 HaiPress

Foto fail
ALOR SETAR,13 November -Seorang lelaki maut disambar petir ketika pulang daripada memancing bersama rakan-rakannya di Jeti Nelayan Teluk Baru,di Langkawi,semalam.
Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Khairul Azhar Nuruddin dalam kenyataan berkata,Ishak Hashim,57,disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Maliha,Langkawi.
“Mangsa yang juga pemilik bot keluar memancing bersama tiga rakannya pada 8.00 pagi melalui jeti nelayan itu. Kira-kira 7.20 malam mereka semua pulang semula ke jeti selepas selesai memancing dan ketika itu hujan dan semuanya berlindung di bawah bumbung jeti berkenaan. Semasa hendak mengambil batang pancing,mangsa disambar petir sehingga menyebabkan mangsa jatuh ke bawah jeti.
“Orang awam yang berada di situ turut membantu mengangkat mangsa naik ke atas bot sebelum dibawa ke darat. Mangsa yang tidak sedarkan diri dihantar ke hospital kira-kira 8.35 malam sebelum disahkan meninggal dunia sejam kemudian," katanya menerusi kenyataan itu.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur