2025-11-13 HaiPress

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa/PARLIMEN
KUALA LUMPUR,13 November - Kerajaan komited memastikan identiti serta kesinambungan kampung-kampung tradisi di Wilayah Persekutuan terus dipelihara,seiring pembangunan pesat bandar raya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan),Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa berkata,dasar dan pelan tindakan khusus telah digariskan bagi tujuan itu di bawah Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL 2040).
Beliau menjelaskan,PSKL 2040 menekankan usaha memelihara kualiti dan karakter kampung tradisi Melayu.
"Antara yang digariskan menerusi pelan tersebut ialah pelaksanaan kawalan perancangan terperinci,penambahbaikan kemudahan masyarakat dan pengangkutan awam,pelaksanaan program penjanaan semula tanpa menjejaskan nilai budaya setempat,serta kajian terhadap mekanisme Transfer of Development Right (TDR) bagi mengekalkan karakter kampung dalam jangka masa panjang." katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat,Parlimen hari ini.
"Terdapat keperluan untuk kita mewujudkan peruntukan kewangan khusus untuk memastikan pemilikan dan juga penyertaan Melayu Bumiputera di Kuala Lumpur ini. Kita perkasakan di peringkat awal. Saya juga sedang menyusun semula peruntukan kewangan sedia ada untuk kita mewujudkan peruntukan khusus dan baharu bagi tujuan ini dan walaupun mungkin kita boleh laksanakan secara pentadbiran terlebih dahulu," katanya.##
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur