2025-11-13 HaiPress

Pengarah PTPKM,Prof. Dr. Muhammad Rezal Dato’ Dr. Kamel Ariffin (kiri),bersama pasukan dengan Phison Electronics Corporation dan MaiStorage untuk membangunkan Kriptografi Atasi Zarah (KAZ-SIGN),di International Conference and Exhibition on Post-Quantum Cryptography (ICE-PQC 2025) baru-baru ini
SERDANG,13 November -Universiti Putra Malaysia (UPM) meneroka potensi teknologi kuantum dalam perlindungan data dan komunikasi digital seiring dengan kemunculan komputer kuantum yang menuntut sistem keselamatan lebih kukuh dan kebal daripada godaman.
Ke arah itu,UPM telah bekerjasama dengan Phison Electronics Corporation dan MaiStorage bagi membangunkan Kriptografi Atasi Zarah (KAZ-SIGN),teknologi tandatangan digital tahan kuantum pertama seumpamanya hasil penyelidikan tempatan.
Pengarah PTPKM,Prof. Dr. Muhammad Rezal Dato’ Dr. Kamel Ariffin berkata,KAZ-SIGN berfungsi sebagai tandatangan digital tahan kuantum (quantum-resistant digital signature) yang dibangunkan sepenuhnya menggunakan formula matematik hasil penyelidikan pasukan UPM.
“Teknologi ini membolehkan proses pengesahan,integriti dan ketidaksangkalan data dilaksanakan dengan selamat walaupun dalam persekitaran digital berteknologi tinggi. Matlamat kami ialah membina algoritma keselamatan nasional yang boleh digunakan oleh syarikat-syarikat besar seperti Google,Telekom dan institusi kewangan pada masa hadapan,” katanya.
Tambah beliau,projek itu bermatlamat membangunkan sistem keselamatan nasional yang mampu menangkis ancaman komputer kuantum.
“Apabila kita bercakap tentang kriptografi,kita kena kembali kepada asas matematik. Matematik ini sebenarnya boleh dihidupkan bila diberi makna dan kriptografi menghidupkan matematik untuk satu tujuan penting keselamatan kuantum dan maklumat,” katanya lagi.
Sementara itu,kolaborasi tersebut dijangka menjadi pemangkin kepada pembentukan ekosistem keselamatan digital nasional yang mampan,meletakkan UPM sebagai peneraju penyelidikan kriptografi pasca-kuantum di rantau ini sejajar dengan aspirasi Malaysia menuju Negara AI dan Kuantum 2030.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur