2025-11-13 HaiPress

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Zulkifli Hasan
KUALA LUMPUR,13 November -Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berjaya mencapai sasaran 100 peratus dalam pelaksanaan program pembangunan ekonomi asnaf untuk tahun ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Zulkifli Hasan berkata,meskipun begitu usaha penambahbaikan akan terus dipertingkatkan bagi memastikan keberhasilan jangka panjang dapat dicapai oleh para peserta program.
"Antaranya termasuk penganjuran kursus kemahiran tambahan bagi memperkukuh pengurusan perniagaan,pemasaran digital serta pengurusan kewangan. Bukan itu sahaja,kita juga menambah beberapa kemahiran baharu dalam program pembangunan ekonomi bagi memenuhi keperluan semasa,.
“Selain itu,bagi memastikan asnaf yang telah mengikuti latihan kemahiran memperoleh peluang pekerjaan,MAIWP turut melaksanakan program bimbingan lanjutan dan padanan pekerjaan bersama rakan industri dan agensi kerajaan.Antara rakan strategik yang terlibat termasuk Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan Mara Liner Sdn. Bhd," katanya ketika pertanyaan tambahan Ahli Parlimen Tampin Datuk Mohd Isam Mohd Isa,di Dewan Rakyat.
Beliau berkata,sebagai usaha memastikan
golongan asnaf yang mengikuti program pembangunan asnaf tidak berdepan situasi sama pada masa hadapan,MAIWP terus komited melaksanakan pelbagai langkah sokongan dan bimbingan kepada peserta.
Pada masa sama,program latihan semula (reskilling) dan peningkatan kemahiran (upskilling) turut diperkenalkan bagi memenuhi permintaan tinggi dalam pasaran pekerjaan semasa.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur