2025-11-13 HaiPress

Ketua Pegawai Perniagaan Agrobank,Tuan Syed Hairul Anuar Syed Fadzil
KUALA LUMPUR,12 November – Selaras dengan peruntukan RM1.1 bilion dalam Belanjawan 2026 bagi memperkukuh sektor agromakanan negara,Agrobank menetapkan sasaran melahirkan sekurang-kurangnya 10,000 usahawan tani baharu pada tahun hadapan.
Menurut Ketua Pegawai Perniagaan Agrobank,Tuan Syed Hairul Anuar Syed Fadzil,dana berkenaan meliputi keseluruhan rantaian nilai agromakanan bagi menggalakkan penggunaan teknologi pertanian dan menambah produktiviti usahawan baharu.
"Pertama,sektor tanaman merangkumi tanaman makanan,diikuti oleh ternakan dan perikanan,termasuk kumpulan nelayan laut.
"Keseluruhan rantaian nilai ini menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan ia berkembang dan kami menyediakan perkhidmatan yang mencukupi,agar sekuriti makanan negara terjamin," katanya ketika ditemui pemberita selepas program Biz Malaysia,di sini.
Melalui lebih 192 titik sentuh pelanggan seperti cawangan,kios,pusat pembiayaan komersial dan agro-point di seluruh negara,Agrobank memastikan bantuan mudah diakses oleh petani dan nelayan yang memerlukan pembiayaan dan sokongan.
Jelas beliau,antara inisiatif tumpuan ialah program iTEKAD,skim pembiayaan usahawan mikro yang menggabungkan pembiayaan,modal permulaan dan latihan berstruktur bagi membantu golongan B40 dan usahawan mikro berkembang secara mampan.
"Program iTEKAD memberi pembiayaan disertai latihan kepada kumpulan sasaran,yang dibimbing sejak peringkat awal perniagaan sehingga mampu berkembang.
"Pendekatan ini memastikan pembiayaan bukan bersifat sementara,sebaliknya memberi impak besar kepada penerima,terutamanya kumpulan B40,agar mereka keluar daripada kepompong kemiskinan dan akhirnya berdikari," jelasnya.
Tuan Syed Hairul Anuar menegaskan,pemanfaatan teknologi moden dalam pembiayaan pertanian dijangka mampu meningkatkan pengeluaran serta kualiti hasil.
Sekali gus,memastikan bekalan makanan negara mencukupi dan selamat bagi rakyat,sebagai langkah strategik menghadapi ketidaktentuan ekonomi global.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur