2025-11-13 HaiPress

sesi lawatan dan ramah mesra Perdana Menteri bersama warga kerja PERODUA pada Selasa / RTM
RAWANG,12 November - Pengeluar kereta nasional,Perodua merekodkan pengeluaran sebanyak 5.5 juta unit kenderaan sejak memulakan operasinya 32 tahun lalu.
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya,Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad,dalam tempoh tersebut sejumlah RM13.4 bilion telah dilaburkan untuk membangunkan jenama itu.
Dalam tempoh lebih tiga dekad itu,syarikat turut membuat pembelian hampir RM116.1 bilion daripada vendor tempatan bermula tahun 1993 hingga kini.
Untuk tahun ini sahaja,syarikat berhasrat untuk membeli komponen automotif bernilai kira-kira RM10.8 bilion.
“Ini merupakan satu pencapaian yang amat memberangsangkan kerana sebahagian besar aktiviti ekonomi ini digerakkan oleh syarikat-syarikat tempatan.
''Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan juga memainkan peranan penting dalam memperkukuh keupayaan teknologi dan teknikal dalam ekosistem ini.”katanya dalam ucapan sempena sesi Lawatan dan Ramah Mesra Perdana Menteri bersama warga kerja Perodua pada Selasa.
Tambahnya,syarikat juga giat meneruskan pelaburan dalam teknologi dan penambahbaikan operasi bagi menyesuaikan diri dengan perubahan pasaran dan keperluan industri dan pasaran kenderaan elektrik,EV.
Sehubungan itu,Perodua sedang memperkukuh pembangunan infrastruktur bagi memenuhi keperluan masa hadapan,termasuk bekerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB),Telekom Malaysia dan Petronas dalam usaha membangunkan ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan. ##
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur