2025-11-13 HaiPress

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) memperkukuh kerjasama strategik bagi mempercepat penggunaan teknologi 5G dan memacu transformasi industri negara/Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR,12 November – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) memperkukuh kerjasama strategik bagi mempercepat penggunaan teknologi 5G dan memacu transformasi industri negara.
Menurut kenyataan MCMC,kerjasama tersebut dilaksanakan melalui segmen “Powering Smart Industries” sempena MIDA Flagship Investment Seminar: The Industrial Cluster Development Initiative for the Central Region yang berlangsung pada 11 hingga 12 November 2025 di Kuala Lumpur.
“Inisiatif berkenaan merupakan lanjutan kepada Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kedua-dua agensi pada 4 Julai 2024,bertujuan meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan terhadap penggunaan teknologi 5G dalam kalangan industri,sektor vertikal serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” menurut kenyataan itu.
Tambah MCMC,seminar berkenaan menghimpunkan pemimpin industri dan agensi kerajaan bagi merangka pembangunan kluster industri di wilayah tengah yang meliputi Kuala Lumpur,Selangor,Negeri Sembilan dan Melaka,wilayah yang menyumbang hampir separuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.
MCMC bersama penyedia rangkaian mudah alih utama seperti CelcomDigi,Maxis,TM,U Mobile dan YTL turut menganjurkan 5G Technology Showcase serta Enterprise 5G Business Clinic,yang mempamerkan aplikasi praktikal teknologi 5G termasuk pembuatan pintar dan analitik masa nyata.
Selain itu,MCMC turut memperkenalkan beberapa inisiatif seperti NEXUS,PRIME,NXT,Check Your Label dan Kempen Internet Selamat (KIS) sebagai platform untuk meningkatkan kesedaran serta memperkukuh libat urus industri.
Kedua-dua agensi menegaskan komitmen mereka dalam memperkukuh daya saing industri dan mempercepat peralihan Malaysia ke arah ekonomi digital berasaskan 5G.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur