2025-11-13 HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,12 November - Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengumumkan,Malaysia mencatatkan skor keseluruhan 0.826 bagi Indeks Pembangunan Manusia Malaysia (MHDI) tahun 2024.
Berdasarkan Laporan edisi ketiga MHDI,pencapaian itu meletakkan negara dalam kategori pembangunan manusia yang sangat tinggi.
MHDI berfungsi sebagai ukuran komprehensif kemajuan negara yang menggambarkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat melangkaui indikator ekonomi tradisional.
''Keputusan MHDI tahun ini mengukuhkan komitmen Malaysia terhadap pembangunan yang seimbang. Kita bukan sahaja menyaksikan pertumbuhan ekonomi,tetapi juga kemajuan bermakna dalam aspek kesihatan dan pendidikan,'' jelas Ketua Perangkawan Malaysia,Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin.
MHDI dibangunkan berasaskan tiga tonggak utama iaitu umur yang panjang dan kehidupan yang sihat,akses kepada pengetahuan serta taraf hidup yang baik.
Ketiga-tiga dimensi tersebut mencerminkan pendekatan holistik dalam mengukur pembangunan supaya tiada aspek kesejahteraan manusia diketepikan.Daripada tiga dimensi yang diukur,Indeks Pendapatan Negara Kasar (PNK) mencatatkan skor tertinggi iaitu 0.890,diikuti IndeksJangkaan Hayat (0.838) dan Indeks Pendidikan (0.755).
Indeks Jangkaan Hayat meningkat daripada 0.825 pada 2023 kepada 0.838 pada 2024,sebahagian besarnya disumbangkan oleh penurunan kadar kematian.
Indeks Pendidikan meningkat 0.001 mata indeks,mencerminkan peningkatan dalam jangkaan tahun persekolahan serta akses pendidikan yang berterusan.
Sementara itu,Indeks PNK meningkat 0.005 mata indeks,disokong oleh pertumbuhan ekonomi negaradengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) berkembang sebanyak 5.1 peratus.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur