2025-11-13 HaiPress

Foto BERNAMA
SEREMBAN,12 November - Hab Pelaburan Wilayah Tengah memainkan peranan penting untuk memperkukuh sektor pembuatan berimpak tinggi selaras dengan tumpuan kluster,iaitu elektrik dan elektronik (E&E),aeroangkasa,farmaseutikal serta teknologi makanan.
Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan,Datuk Seri Aminuddin Harun,keempat-empat sektor ini menjadi teras baharu pertumbuhan pelaburan yang akan memacu penciptaan peluang pekerjaan,inovasi industri,peningkatan daya saing ekonomi negeri serta negara secara keseluruhan.
“Kita bersyukur berada dalam satu koridor dan hab pelaburan baharu,yang merupakan pengiktirafan kepada negeri-negeri di kawasan tengah. Jadi dengan adanya koridor ataupun hab ini,ia dilihat memberikan kita peluang dan kelebihan untuk terus membangunkan kawasan perindustrian," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri.
Dalam pada itu Datuk Seri Aminuddin berharap kerajaan Persekutuan menyediakan ketersambungan yang lebih baik bertujuan memastikan kawasan sekitar seluas kira-kira 16,000 kilometer (km) persegi membabitkan Wilayah Tengah,yang meliputi Kuala Lumpur,Selangor,Negeri Sembilan dan Melaka,dapat dibangunkan secara selaras.
Ini sebagaimana pembangunan di Tokyo,Jepun yang meliputi kawasan seluas 14,000 km persegi,sekali gus akan mempercepat pembangunan negara memandangkan Wilayah Tengah menyumbang hampir 50 peratus kepada KDNK negara.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur