2025-11-13 HaiPress

GAMBAR HIASAN
KUALA LUMPUR,12 November - Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Rabu dipengaruhi oleh penurunan harga minyak kacang soya,kata seorang peniaga.
Peniaga minyak sawit David Ng berkata sentimen pasaran turut tertekan akibat pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
“Kami menjangkakan harga disokong pada paras melebihi RM4,100 dan paras rintangan pada RM4,250,” katanya kepada Bernama.
Pada 6 petang,ringgit meningkat kepada 4.1315/1385 berbanding dolar AS daripada 4.1360/1395 ketika ditutup pada Selasa.
Pada penutup dagangan,kontrak bulan semerta November 2025 susut sebanyak RM111 kepada RM3,957 satu tan,kontrak Disember 2025 turun sebanyak RM15 kepada RM4,085 satu tan manakala Januari 2026 berkurang RM13 kepada RM4,124 satu tan.
Kontrak Februari 2026 merosot kira-kira RM12 kepada RM4,153 satu tan,Mac 2026 hilang sebanyak RM10 kepada RM4,170 satu tan manakala April 2026 berkurang RM8 kepada RM4,178 satu tan.
Jumlah dagangan berkembang kepada 57,444 lot daripada 89,319 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 263,092 kontrak daripada 263,747 kontrak sebelumnya.
Harga fizikal MSM bagi November Selatan susut sebanyak RM20 kepada RM4,110 satu tan. -BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur