2025-11-13 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,12 November - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah walaupun menjejaki kenaikan di pasaran Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS) apabila pelabur terlibat dalam pengambilan untung,kata seorang penganalisis.
Kontrak semerta bulan November 2025 merosot kepada US$4,136.60 setiap auns troy daripada US$4,153.30 setiap auns troy,Disember 2025 susut kepada US$4,153.80 daripada US$4,170.40,dan Januari 2026 berkurang kepada US$4,172.40 berbanding US$4,189.00 semalam.
Kontrak Februari,April dan Jun 2026 pula ditutup lebih rendah pada US$4,188.30 setiap auns troy daripada US$4,204.90 sebelumnya.
Jumlah dagangan merosot kepada 27 lot daripada 46 lot pada Selasa,manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 108 kontrak daripada 146 kontrak semalam.
Mengikut penetapan London Bullion Market Association,harga emas fizikal berada pada US$4,123.30 setiap auns troy pada 11 Nov,2025.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur