2025-11-13 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,12 November - Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar US hari ini,meneruskan pengukuhan untuk hari dagangan ketujuh berturut-turut selepas para pelabur kekal positif menjelang pengundian pembukaan semula kerajaan Amerika Syarikat (AS).
Pada 6 petang,ringgit menokok kepada 4.1315/1385 berbanding dolar US daripada 4.1360/1395 yang dicatatkan semalam.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Dewan Perwakilan AS akan membuang undi mengenai pembukaan semula kerajaan AS pada malam ini.
"Jika diluluskan,rang undang-undang itu akan ditandatangani oleh Presiden AS,yang akan membuka jalan untuk menyambung semula perkhidmatan kerajaan," katanya kepada Bernama.
Ringgit terus mendapat sokongan keyakinan daripada para peniaga dan pelabur,khususnya dengan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia (KDNK) bagi suku ketiga pada 2025,yang akan diumumkan Jumaat ini,dijangka berkembang melebihi 5.0 peratus. istilah.
"Mungkin KDNK akan mencatatkan pada 5.2 peratus untuk suku ketiga 2025,dan nampaknya kadar dasar semalaman (OPR) akan kekal pada 2.75 peratus dalam jangka masa terdekat.
"Ini merupakan perkembangan yang amat positif untuk ringgit dan oleh itu,mata wang tempatan itu akan terus disokong dengan baik," katanya.
Pada penutup,ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia mengukuh berbanding yen pada 2.6681/6728 daripada 2.6798/6822 yang disaksikan pada penutup Selasa,naik berbanding euro kepada 4.7801/7882 daripada 4.7829/7869 dan meningkat berbanding pound British kepada 5.4189/4281 daripada 5.4297/4343.
Ringgit juga berprestasi lebih baik berbanding mata wang ASEAN yang lain.
Ia melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.1683/1742 daripada 3.1752/1784,mantap berbanding rupiah Indonesia kepada 247.1/247.7 daripada 247.7/248.0,menokok berbanding peso Filipina kepada 6.98/6.99 daripada 7.01/7.02 dan lebih baik berbanding baht Thai kepada 12.7068/7346 daripada 12.7595/7762 sebelum ini.- BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur