2025-11-13 HaiPress

MIHAS@Shanghai,bukti kepercayaan global / Foto RTM
KUALA LUMPUR,13 November - Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) edisi Shanghai mencatat jualan keseluruhan RM3.2 bilion,melepasi sasaran asal RM3 bilion.
Kenyataan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) memaklumkan,pencapaian cemerlang itu mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai peneraju global dan hab rujukan bagi ekonomi halal.
''Rekod jualan luar biasa di MIHAS@Shanghai bukti kualiti dan kepercayaan global terhadap ekosistem halal Malaysia,serta menandakan satu langkah strategik dalam pengantarabangsaan ekonomi halal negara",menurut kenyataan itu.
MIHAS@Shanghai juga memperkukuh hubungan ekonomi dengan China sebagai rakan dagang terbesar negara dan menjadi kemajuan penting dalam misi eksport halal Malaysia untuk membawa perusahaan mikro,kecil dan sederhana (PMKS) ke pentas antarabangsa.
Sepanjang enam hari pameran berlangsung,sebanyak 1,000 sesi padanan perniagaan telah diadakan dengan pemeteraian 16 memorandum persefahaman (MoU) melibatkan nilai keseluruhan RM922.5 juta.
MIHAS@Shanghai,diadakan bersempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE)yang berlangsung dari 5 hingga 10 November.
Antara sorotan utama MIHAS@Shanghai ialah Program Penyumberan Antarabangsa (INSP),yang memudahcara sesi padanan perniagaan bersama lebih 100 pembeli antarabangsa,termasuk 20 pembeli premium antaranya dari China,Australia,Brazil,Qatar,Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur