2025-11-13 HaiPress

Foto Facebook Menteri Besar Pahang,Datuk Wan Rosdy Wan Ismail
KUANTAN,13 November - Sebuah program jelajah ke setiap negeri akan bermula Disember ini bagi mendengar pandangan,cadangan dan permasalahan yang dihadapi oleh para usahawan di negara ini.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata,beliau mengambil pendekatan itu setelah dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Majlis Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Mikro,Kecil dan Sederhana Kebangsaan (MPUPK),baru-baru ini.
"Jelajah itu antara pendekatan baharu kita untuk memastikan suara usahawan pada peringkat akar umbi dapat didengari secara terus tanpa melalui pihak perantara,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan 12 Anugerah Usahawan Pahang sempena Majlis Anugerah Usahawan MARA (AURA) di sebuah hotel di sini malam tadi.
Menurut beliau lagi,jelajah berkenaan dijadualkan bermula dengan kunjungan ke Kedah dan Perlis sebelum diteruskan ke seluruh negeri lain termasuk Pahang.
Dalam pada itu,beliau berkata program itu juga akan dijalankan secara berperingkat dan dijangka melibatkan pelbagai kategori usahawan termasuk mikro,kecil dan sederhana.
“Hasil maklum balas yang diperoleh kelak bakal digunakan untuk memperkukuh dasar dan strategi kerajaan dalam membangunkan sektor keusahawanan,” katanya.
Dalam pada itu,beliau menzahirkan ucapan tahniah kepada 12 usahawan Pahang yang berjaya menerima anugerah penghargaan sempena majlis berkenaan.
Datuk Wan Rosdy berkata,kejayaan mereka mampu menjadi inspirasi kepada usahawan lain supaya terus meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan masing-masing.
“Bagi yang belum berjaya,jangan putus asa. Anugerah itu ialah program berterusan dan akan diteruskan lagi pada masa akan datang,yang penting tingkatkan lagi mutu perkhidmatan dan kualiti makanan atau produk,” katanya. -BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur