2025-11-20 HaiPress

Datuk Fahmi Fadzil/ BERNAMA
BAKU,20 November - Malaysia komited memimpin perbincangan dan tindakan global bagi membina masa depan digital yang lebih inklusif.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata visi 'Inclusivity for an Equitable Future',mencerminkan komitmen berkenaan,dengan menekankan bahawa keterangkuman digital adalah hak,bukan keistimewaan.
"Usaha itu diterjemahkan melalui program kemahiran digital,pembangunan infrastruktur mudah diakses dan inovasi komuniti bagi memastikan tiada golongan tercicir dalam arus digital," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan tengah hari Malaysia sempena Persidangan Pembangunan Telekomunikasi Dunia 2025 (WTDC-25) di sini.
Majlis tersebut bukan sekadar perjumpaan sosial,tetapi ruang menghargai komitmen bersama dalam mendorong pembangunan lestari serta memperluas keterhubungan global.
Beliau turut menegaskan kejayaan kerjasama antarabangsa turut menyaksikan keterhubungan sebagai pemangkin peluang dan kemajuan.
"Malaysia,berbangga menjadi rakan lama kepada Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) dan kini berkhidmat sebagai Ahli Majlis bagi penggal 2023–2026. Malaysia juga mengumumkan pencalonan baharu untuk penggal 2027–2030 sambil memohon sokongan negara anggota," ujar beliau.
Majlis tersebut turut dihadiri Setiausaha Agung ITU,Doreen Bogdan-Martin,yang memuji dasar digital Malaysia termasuk aspek keterhubungan sejagat,keselamatan siber,kepercayaan digital dan pembangunan kemahiran.
Beliau turut mengangkat projek Inklusif Digital NADI oleh MCMC pemenang Hadiah WSIS 2025 sebagai inisiatif penting menghubungkan kawasan terpencil di Malaysia melalui Internet berkelajuan tinggi serta menyediakan peluang latihan digital.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur