2025-11-20 HaiPress

Parlimen Malaysia
KUALA LUMPUR,20 November - Persiapan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) serta pelaksanaan sekolah terapung,antara yang akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen,Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) meminta Menteri Kerja Raya menyatakan persediaan kementerian untuk memastikan Jalan Persekutuan dan cerun sentiasa dalam keadaan sempurna dan selamat semasa MTL,pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
Pada sesi sama,S. Kesavan (PH-Sungai Siput) mengajukan soalan kepada Menteri Pendidikan mengenai inisiatif terkini berhubung pelaksanaan sekolah terapung di Hulu Perak serta hala tuju dan perancangan kementerian dalam memperluas inisiatif tersebut pada masa depan.
Pada sesi soal jawab lisan pula,Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (BN-Sembrong) ingin tahu langkah Kementerian Kesihatan bagi mengatasi kekurangan bekalan dan kenaikan ubat-ubatan asas termasuk untuk penyakit kronik.
Beliau turut meminta Menteri Kesihatan menyatakan strategi jangka panjang mengurangkan kebergantungan kepada bekalan import dengan memperkukuh pengeluaran farmaseutikal tempatan dan memastikan akses ubat mampu milik kepada rakyat.
Selain itu,Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan) meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan bilangan kes yang melibatkan pemasangan bendera Malaysia secara salah atau terbalik,serta kes yang dikenakan hukuman dan tindakan bagi tempoh 2022-2025.
Beliau juga ingin tahu adakah kementerian itu berhasrat untuk meningkatkan kadar hukuman bagi kesalahan berkaitan dengan lambang negara termasuk bendera.
Turut tersenarai soalan Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) kepada Menter Pengangkutan mengenai jumlah pesawat MAS yang tidak beroperasi akibat kerosakan dan kos yang ditanggung kementerian,serta adakah negara mempunyai jurutera pesawat tempatan mencukupi bagi menjamin proses pembaikan dan penyelenggaraan.
Persidangan Dewan Rakyat kemudian diteruskan dengan menyambung semula perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 di peringkat jawatankuasa.
Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-15 Dewan Rakyat berlangsung selama 35 hari hingga 4 Dis ini. - BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur