2025-11-20 HaiPress

Kemalangan melibatkan sebuah MPV dan sebuah lori di KM 141.5 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Juru/JBPM PP
PERAI,20 November - Dua individu maut dalam kemalangan melibatkan sebuah MPV dan sebuah lori yangmembawa muatan buah-buahan di KM 141.5 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Juru pada pukul 12.40 tengah malam tadi.
Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Nor Azli Md Hassan,pemandu MPV dan penumpang yang tersepit di dalam kenderaan itu dikeluarkan pada 11.56 malam.
"Pihak bomba dan penyelamat menerima panggilan kecemasan pada 11.32 malam dan bergegas ke lokasi kejadian. Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas," katanya dalam satu kenyataan.
Mereka disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan dan mayat diserahkan kepada polis.
Sementara itu pemandu lori tidak cedera.
Operasi menyelamatkan mangsa melibatkan lapan anggota Balai Bomba Perai dan Pasukan Bomba Sukarela Juru dengan bantuan anggota polis.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur