2025-11-20 HaiPress

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi/ JAPEN
KUALA LUMPUR,20 November - Kerja memulihkan pencahayaan di Jambatan Kuala Krau sedang dilaksanakan secara berfasa selepas sistem lampu asal gagal berfungsi akibat vandalisme dan kecurian komponen penting.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menegaskan bahawa,sistem lampu jenis 'high mast' di kawasan berkenaan mengalami kerosakan serius termasuk kehilangan kabel dan komponen hingga mengakibatkan keseluruhan sistem pencahayaan tidak dapat beroperasi.
"Sebagai langkah penyelesaian jangka sederhana,Kementerian melalui Jabatan Kerja Raya telah mencadangkan tambahan pemasangan lampu jenis solar LED bagi menerangi semula laluan di Jambatan Kuala Krau sebagai alternatif yang lebih lestari dan kurang bergantung kepada sistem elektrik konvensional.
"Oleh itu,anggaran peruntukan bagi melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan lampu jalan tersebut berjumlah RM100,000 akan disenaraikan melalui cadangan Anggaran Penyenggaraan Jalan (APJ) bagi tahun 2026," katanya.
Beliau bverkata demikian ketika menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Kuala Krau,Kamal Ashaari di Dewan Rakyat,hari ini.
Kementerian Kerja Raya (KKR) telah meluluskan peruntukan RM20,000 pada tahun 2025 bagi pemasangan sementara dua unit lampu jalan solar LED di jambatan tersebut. Pemasangan itu telah pun disiapkan sepenuhnya di tapak.
Tempoh pelaksanaan kerja dijangka memakan masa dua bulan selepas peruntukan diluluskan.Pada masa sama pemantauan berterusan akan diteruskan JKR terutamanya di kawasan berisiko kemalangan bagi memastikan keselamatan jalan raya kekal terjamin.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur