2025-11-20 HaiPress

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek/Foto JaPen
KUALA LUMPUR,20 November - Komuniti Orang Asli dan penduduk pedalaman kini menikmati akses pendidikan lebih baik susulan pelaksanaan Program Sekolah Terapung oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata program itu telah diperkenalkan di beberapa kawasan terpencil di Perak,Kelantan dan Sabah menggunakan rumah rakit atau houseboat sebagai ruang pembelajaran mudah alih.
Beliau berkata inisiatif yang mula beroperasi pada 13 Oktober itu melibatkan keseluruhan 246 murid.
“Program Sekolah Terapung Tasik Banding diperkenalkan sebagai inisiatif inovatif di bawah program khas pendidikan manusiawi Pro Khas bagi murid yang menghadapi cabaran jarak,demografi,perintangan pengangkutan dan ketiadaan kemudahan asas untuk sekolah.
"Semua ini berpaksikan kepada Rukun Madani iaitu prinsip ihsan dan daya cipta,” katanya ketika menjawab soalan S. Kesavan (Sungai Siput) di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Fadhlina,KPM komited memastikan murid komuniti pedalaman tidak tercicir dan menerima pendidikan berkualiti setara murid di kawasan lain.
Beliau berkata pelaksanaan program itu turut mendapat sokongan Jabatan Pendidikan Negeri Perak,Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak dan agensi berkaitan melalui penyediaan latihan khas kepada guru.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur