2025-11-20 HaiPress

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni bercakap selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media di ibu negara/RTM
KUALA LUMPUR,20 November - Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan lebih banyak kerja-kerja baik pulih dan menaik taraf fasiliti kesihatan di Sabah dapat dilaksanakan pada masa akan datang.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata,setakat ini sebanyak 154 klinik daif di Sabah telah dibaik pulih dengan peruntukan RM76.28 juta di bawah inisiatif Bitara MADANI sejak tahun 2023.
Beliau berkata hampir RM45 juta dibelanjakan bagi pembinaan 62 klinik baharu di Sabah pada tahun ini.
"Peningkatan fasiliti kesihatan itu memberi manfaat besar kepada penduduk luar bandar secara khususnya.
"Selain itu,kita akan memfokuskan pembinaan dan penggantian kuarters petugas kesihatan bagi menjaga kebajikan warga kerja di lapangan," kata beliau selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media di sini.
Datuk Lukanisman berkata KKM turut memberi fokus pembinaan klinik baharu serta penambahbaikan hospital di seluruh negara,termasuk Sabah di bawah agenda reformasi tiga tahun Malaysia MADANI.
Beliau berkata,perkhidmatan kesihatan negara akan terus dipertingkatkan melalui penambahan kepakaran dan tenaga kerja.
KKM juga menekankan kepentingan pencegahan penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes dan hipertensi yang banyak berpunca daripada gaya hidup tidak sihat.
"Sehubungan itu,saringan kesihatan akan digabungkan dalam setiap program MADANI Rakyat bagi membolehkan pengesanan awal penyakit dalam kalangan masyarakat," katanya.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur