2025-11-20 HaiPress

Foto hiasan /RTM
KUALA LUMPUR,17 November- Ekonomi Malaysia berada dalam keadaan bersedia untuk menghadapi cabaran global berikutan kedudukan fiskal yang semakin stabil serta pertumbuhan kukuh yang dicatatkan pada suku ketiga.
Menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid,suku ketiga tahun ini mencatatkan pertumbuhan 5.2 peratus,mencerminkan asas ekonomi yang semakin kukuh walaupun prospek ekonomi dunia dijangka berdepan ketidaktentuan tahun hadapan.
Beliau berkata usaha konsolidasi fiskal kerajaan turut menunjukkan perkembangan positif,dengan defisit fiskal bagi tempoh sembilan bulan pertama mengecil kepada 3.3 peratus KDNK berbanding 4.1 peratus pada tempoh sama tahun lalu.
Perkembangan ini menunjukkan kedudukan fiskal negara semakin stabil dan memberi ruang kepada kerajaan untuk mengurus cabaran ekonomi dengan lebih berkesan.
“Kedudukan kewangan kerajaan yang semakin kukuh membolehkan bantuan kepada rakyat diteruskan. Ini termasuk Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah yang kekal dengan peruntukan tinggi tahun hadapan,sekitar RM15 bilion.
Pelaksanaan Budi 95 melalui MyKad juga menunjukkan subsidi bersasar dapat disalurkan dengan lebih efektif,memastikan rakyat daripada semua peringkat pendapatan terus menerima sokongan bagi mengurangkan beban kewangan,terutama golongan berpendapatan rendah.” katanya.
Dengan hala tuju dasar yang lebih teratur dan langkah kerajaan yang berterusan,ekonomi negara dijangka kekal stabil dan berupaya mencapai sasaran pertumbuhan antara 4 hingga 4.5 peratus pada tahun hadapan.
Bagi tahun ini pula,prestasi sembilan bulan pertama yang mencatatkan pertumbuhan 4.7 peratus menunjukkan ekonomi berada pada landasan yang tepat selaras dengan perancangan dan dasar yang telah digariskan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur