2025-11-20 HaiPress

Foto Bernama
KUALA LUMPUR,17 November – Industri elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor terus menjadi segmen utama yang diperluas bagi meningkatkan nilai rantaian dan memperkukuh sektor pembuatan elektronik berteknologi tinggi di negara ini.
Menteri Kewangan II,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata,kerajaan memainkan peranan penting dalam menyalurkan modal serta sokongan kepada sektor berkenaan,sebagai strategi memastikan kelangsungan ekonomi Malaysia di tengah-tengah cabaran perdagangan global.
“...kami ingin meningkatkan lagi rantaian nilai yang merangkumi pembungkusan termaju,termasuk reka bentuk cip. Oleh itu,kita perlu menyediakan tenaga kerja untuk melalui laluan tersebut. Kita juga perlu menyediakan modal supaya pemodal teroka dan private equity (PE) dapat menyokong syarikat-syarikat untuk berkembang,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi perkongsian panel di Fortune Innovation Forum di ibu negara,hari ini.
Menurutnya,Malaysia merupakan hab bekalan dan pengeluaran E&E global selain berperanan mengekalkan keseimbangan pasaran sektor tersebut.
“Cadangan kami kepada kedua-dua pihak ialah Malaysia merupakan elemen penting dalam rantaian bekalan global mereka,dan kita mahu terus memainkan peranan itu kerana kita adalah rakan kongsi yang boleh dipercayai.”
Kekuatan ekonomi Malaysia berasaskan gabungan pelbagai sektor dengan sokongan pasaran eksport yang baik diperlihatkan menerusi pertumbuhan 5.2 peratus pada suku ketiga tahun ini.
“Itu membantu kita menangani cabaran dalam dunia yang sentiasa berubah,” tambahnya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur