2025-11-20 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,18 November - Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pagi ini,mencerminkan pembetulan teknikal selepas keuntungannya baru-baru ini.
Pada 8 pagi,ringgit berada pada 4.1485/1595 berbanding dolar AS daripada 4.1480/1515 ketika ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pembetulan teknikal itu difahami,memandangkan mata wang tempatan telah berada dalam kedudukan belian berlebihan berdasarkan petunjuk teknikal.
Bagaimanapun,ringgit dijangka kekal kukuh dalam jangka sederhana hingga panjang,disokong oleh pertumbuhan ekonomi berdaya tahan dan defisit fiskal yang semakin mengecil,ia boleh dianggap positif kredit oleh agensi penarafan kredit.
“Hari ini,kami menjangkakan dolar AS-ringgit berada dalam julat antara RM4.14 dan RM4.15 memandangkan peniaga dan pelabur menunggu data Amerika Syarikat (AS),” katanya kepada Bernama.
Sementara itu,Indeks Dolar AS (DXY) mengukuh sebanyak 0.24 peratus kepada 99.53 mata disebabkan jangkaan pasaran untuk penurunan kadar faedah AS yang berpotensi berlaku pada Disember beransur pudar.
Mohd Afzanizam berkata Rizab Persekutuan (Fed) AS (Fed) kekal berhati-hati mengenai masa sebarang pelonggaran dasar,mendorong pasaran untuk melihat data gaji bukan ladang (NFP) AS pada September pada Khamis depan untuk isyarat ekonomi yang lebih jelas.
“Keengganan Fed AS untuk menurunkan kadar faedah telah menyokong dolar AS,menyebabkan ringgit diniagakan dalam jajaran kecil buat masa ini,” tambahnya.
Pada sesi pembukaan,ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan meningkat berbanding yen kepada 2.6720/6792 daripada 2.6805/6829 pada penutupan Isnin,menokok berbanding euro kepada 4.8077/8204 daripada 4.8125/8166 semalam dan melonjak berbanding pound Britain kepada 5.4561/4706 daripada 5.4608/4654 sebelumnya.
Pada masa sama,mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia naik berbanding baht Thai kepada 12.7697/8111 daripada 12.7847/8018 pada penutupan semalam dan menambah berbanding dolar Singapura kepada 3.1836/1922 daripada 3.1864/1893 sebelum itu.
Bagaimanapun,unit tempatan turun sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 247.8/248.6 daripada 247.8/248.1 ketika ditutup pada Isnin dan hampir tidak berubah berbanding peso Filipina pada 7.04/7.06 daripada 7.04/7.05 sebelumnya.- BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur