2025-11-20 HaiPress

Ketua Pengarah MARA,Datuk Zulfikri Osman/RTM
KUALA LUMPUR,18 November - Aspek Alam Sekitar,Sosial dan Tadbir Urus (ESG) kini menjadi asas kepada daya saing dan kelestarian perniagaan jangka panjang.
Ketua Pengarah MARA,Datuk Zulfikri Osman berkata pematuhan ESG bukan sahaja membuka peluang pasaran baharu malah meningkatkan ketelusan,tadbir urus sekali gus memastikan kelangsungan perniagaan dalam jangka panjang.
"Institusi kewangan semakin mengutamakan pembiayaan hijau,manakala pasaran eksport seperti Kesatuan Eropah mengenakan syarat ESG yang lebih ketat. Bagi usahawan,kesiapsiagaan ESG membuka peluang pasaran baharu,pembiayaan kompetitif dan penjimatan kos. Bagi organisasi,ESG meningkatkan ketelusan,tadbir urus,kredibiliti dan kepercayaan awam.
"Kini,ESG bukan lagi pilihan tetapi asas penting kepada daya saing dan kelestarian perniagaan jangka panjang.",katanya demikian ketika berucap pada Majlis Penutup ISER Entrepreneurship Symposium (IES) 2025 anjuran Institut Keusahawanan Lestari Malaysia (ISER) di bawah Akademi Kecemerlangan MARA (AKM) di ibu negara hari ini.
Pada majlis berkenaan dua Memorandum Persefahaman (MoU) turut dimeterai melibatkan MARA dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Entrepreneurship Development Institute of India (EDII) bagi memperkukuh pembangunan usahawan Bumiputera secara domestik dan antarabangsa.
"MARA akan terus komited dalam memastikan pembangunan usahawan kekal relevan dengan perubahan ekonomi global dengan memperkukuh keupayaan usahawan untuk terus berdaya saing serta bersedia menghadapi cabaran masa depan" ujar beliau lagi.
Simposium itu,yang dianjurkan oleh Institute for Sustainable Entrepreneurship Malaysia (ISER) di bawah Akademi Kecemerlangan MARA,menghimpunkan lebih 200 peserta termasuk pegawai MARA,pengurus,agensi berkaitan,dan usahawan,dengan tema “Greenpreneur Revolution: Innovate Today,Dominate Tomorrow”.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur