2025-11-20 HaiPress

GAMBAR FAIL / RTM
KUALA LUMPUR,19 November - Ringgit memulakan urus niaga hari ini dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) walaupun diasak sentimen berhati-hati pelabaur mengenai jangkaan penurunan kadar faedah oleh pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) pada bulan depan,kata penganalisis.
Pada 8 pagi ini,ringgit mengukuh kepada 4.1570/1705 berbanding dolar AS daripada 4.1605/1660 pada akhir urus niaga semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.04 peratus kepada 99.550 mata dengan ketidaktentuan mengenai keputusan berkaitan kadar faedah oleh pihak Fed,terus ketara.
Beliau berkata data terkini pasaran tenaga kerja AS selepas 41 hari penutupan kerajaannya,menunjukkan trajektori lemah yang masih berterusan.
“Tuntutan Pengangguran Awal meningkat kepada 232,000 berbanding anggaran awal sebanyak 223,000 dan pada paras minggu sebelumnya mencatat 219,000.
“Bagaimanapun,majoriti pegawai Fed seakan tidak sepakat mengenai keputusan dasar monetari yang akan dibuat (dalam mesyuarat) pada Disember ini,” katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam berkata ringgit telah mengalami pembetulan teknikal berbanding dolar AS selepas mencecah paras 4.12–4.13 minggu lepas apabila ditutup lebih rendah berbanding mata wang negara maju itu semalam.
“Hari ini,kami menjangkakan ringgit stabil di paras sekitar 4.14 hingga 4.16 apabila beberapa petunjuk teknikal kini memasuki zon neutral,” katanya.
Pada sesi awal hari ini,ringgit juga diniagakan mengukuh berbanding kelompok mata wang utama lain.
Ini termasuk naik berbanding yen Jepun kepada 2.6726/6815 daripada 2.6800/6838 pada akhir urus niaga Selasa,mengukuh berbanding euro kepada 4.8138/8294 daripada 4.8216/8280 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4652/4830 daripada 5.4719/4791 sebelum ini.
Ringgit bagaimanapun diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN,termasuk meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 248.1/249.0 daripada 248.3/248.7 dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.04/7.07 daripada 7.05/7.06 sebelumnya.
Unit tempatan itu susut berbanding baht Thailand kepada 12.8330/8838 daripada 12.8252/8481 semalam dan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.1940/2049 daripada 3.1938/1982 sebelum ini. -BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur