2025-11-20 HaiPress

Pengukuhan ringgit mantapkan integrasi ekonomi negara ASEAN / Foto RTM
KUALA LUMPUR,19 November - Ringgit berpotensi untuk mencecah paras RM4.00 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS),susulan jangkaan pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) serta kelemahan ketara ekonomi AS.
Presiden Persatuan Ekonomi Malaysia,Profesor Yeah Kim Leng berpandangan,ketidaktentuan dasar serta tekanan ekonomi di AS ketika ini,menjadi antara faktor utama yang menyokong pengukuhan ringgit,selain membantu menstabilkan ekonomi serantau,termasuk negara anggota ASEAN.
Jelasnya,ringgit yang kukuh turut berupaya menggalakkan peningkatan import dari AS dan memantapkan integrasi ekonomi dalam kalangan negara ASEAN.
"Kita tidak boleh menolak kemungkinan ringgit berupaya mencapai paras RM4.00,memandangkan dolar AS dijangka berada di bawah tekanan penyusutan yang besar akibat pemotongan kadar faedah tersebut.
"Tekanan lain yang melemahkan dolar AS termasuk inflasi yang masih tinggi serta defisit fiskal dan hutang kerajaan AS yang terus meningkat,” katanya.
Bercakap di luar Persidangan ke-48 Persekutuan Persatuan Ekonomi ASEAN (FAEA) beliau turut menyatakan,ketidaktentuan dasar di bawah pentadbiran AS,termasuk pelaksanaan tarif baharu,dijangka mencetuskan lebih banyak turun naik dalam pasaran kewangan global,khususnya pada suku keempat tahun ini.
"Saya menjangka pasaran akan menjadi lebih tidak menentu dalam masa terdekat. Namun menjelang hujung tahun,kita mungkin dapat melihat gambaran yang lebih jelas mengenai hala tuju ekonomi AS," katanya lagi.
Mengulas kebimbangan pengukuhan ringgit terlalu pantas,jelasnya setakat ini masih belum ada maklum balas daripada pengeksport.
Sebaliknya,ringgit yang kukuh memberi kelebihan kepada pengimport tempatan serta membantu meredakan tekanan terhadap inflasi import.
Pada masa sama,beliau menegaskan Malaysia memerlukan lebih banyak import teknologi untuk mengukuhkan pembangunan industri,dan ringgit yang kukuh menjadikan pelaburan tersebut lebih berpatutan.
"Ini penting untuk Malaysia bergerak naik dalam rantaian nilai melalui import teknologi,mesin dan pelaburan tetap lain. Semua ini disokong oleh ringgit yang lebih kukuh," katanya.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur