2025-11-20 HaiPress

Teroka kesalinghubungan serantau / Foto RTM
KUALA LUMPUR,19 November - Pembayaran QR rentas sempadan ASEAN terus mencatatkan pertumbuhan pesat dengan jumlah transaksi melonjak kepada 12.9 juta dalam separuh pertama 2025.
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM),Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour memaklumkan,pencapaian berkenaan,membuka ruang kepada perkembangan rangkaian baharu yang boleh diteroka bagi memperdalam kesalinghubungan serantau.
"Berdasarkan perkembangan itu,inisiatif seperti Project Nexus,yang diterajui bersama Malaysia serta rakan serantau,sedang menembusi sempadan kewangan digital. Dengan menghubungkan sistem pembayaran segera merentasi sempadan,Project Nexus membolehkan transaksi data hampir serta-merta," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Persidangan ke-48 Persekutuan Persatuan Ekonomi ASEAN (FAEA).
Jelasnya,inisiatif itu dapat meningkatkan kecekapan serta memperluas keterangkuman kewangan kepada pekerja,usahawan mikro dan komuniti kurang akses perbankan.
Pada peringkat dasar,Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) yang sedang digerakkan dapat menyelaraskan peraturan data,e-pembayaran,identiti digital dan keselamatan siber.
Langkah itu sekaligus meletakkan asas kukuh untuk ekonomi digital tanpa sempadan selamat,inklusif dan berskala besar.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur