2025-11-20 HaiPress

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR,20 November - Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Khamis,meneruskan aliran kenaikan baru-baru ini susulan sentimen serantau yang bertambah baik,sekali gus menyokong mata wang Asia sedang pesat membangun.
Pada 8 pagi,ringgit diniagakan pada 4.1475/1590 berbanding dolar AS 4.1480/1530 ketika ditutup pada Rabu.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pengukuhan kecil itu berlaku susulan ketidaktentuan baharu di Amerika Syarikat selepas kelewatan yang tidak dijangkakan pengeluaran data ekonomi utama.
Beliau berkata indeks dolar AS meningkat 0.65 peratus kepada 100.202 selepas Biro Statistik Buruh Amerika Syarikat memaklumkan bahawa laporan pekerjaan bagi Oktober ditangguhkan penerbitannya ke 16 Disember.
“Kelewatan tersebut menunjukkan Rizab Persekutuan AS membuat penilaian dasar tanpa petunjuk data yang lengkap,sekali gus memberi isyarat kemungkinan bank pusat itu tidak akan menurunkan kadar faedah pada mesyuarat 9 dan 10 Disember,2025.
“Selain itu,minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) bagi Oktober menunjukkan ahli-ahli cenderung mengekalkan kadar faedah sepanjang 2025,” katanya kepada Bernama.
Dalam negara,Mohd Afzanizam berkata ringgit menunjukkan prestasi berdaya tahan dalam sesi sebelumnya apabila ditutup 0.31 peratus lebih kukuh pada 4.1505 berbanding dolar AS,disokong oleh aktiviti pengambilan untung ke atas dolar.
“Berdasarkan perkembangan terkini,gandingan USD-MYR dijangka diniagakan dalam julat 4.15 hingga 4.17 hari ini memandangkan peserta pasaran mungkin mahu meraih keuntungan jangka pendek menjelang penerbitan data AS seterusnya,” katanya.
Dalam dagangan awal,ringgit mengukuh berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding yen kepada 2.6416/6490 daripada 2.6598/6632 ketika ditutup pada Rabu,mengukuh berbanding euro kepada 4.7858/7991 daripada 4.8013/8071,dan lebih tinggi berbanding pound British kepada 5.4166/4317 daripada 5.4451/4516.
Ringgit bagaimanapun mencatat prestasi bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia naik berbanding baht Thailand kepada 12.7741/8182 daripada 12.7977/8191 ketika ditutup pada Rabu,dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1755/1845 daripada 3.1810/1851.
Mata wang tempatan itu juga hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 248.2/249.0 daripada 248.2/248.6,dan stabil pada 7.04/7.06 berbanding peso Filipina berbanding 7.04/7.05 sebelumnya. - BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur