2025-11-20 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,20 November - Capital A Bhd mengagihkan 1.69 bilion saham baharu dalam AirAsia X Bhd (AAX) kepada pemegang saham yang layak,sekali gus menandakan langkah penting dalam pelan penstrukturan strategik syarikat itu.
Pengagihan saham biasa baharu itu akan dibuat melalui kaedah 'dividend-in-specie',melalui pengurangan dan pembayaran balik modal saham terbitan Syarikat.
Kumpulan itu dalam kenyataan memaklumkan,agihan saham itu merupakan sebahagian daripada prosedur akhir untuk pelupusan perniagaan penerbangannya kepada AAX.
''Langkah ini akan menyatukan semua syarikat penerbangan jenama AirAsia di bawah satu entiti dan membuka jalan untuk transformasi Capital A kepada kumpulan pelancongan dan digital pelbagai platform.
''Tarikh kelayakan bagi agihan saham ditetapkan pada 3 Disember 2025,jam 5 petang,dengan nisbah pengagihan dianggarkan sebanyak 389 saham AAX bagi setiap 1,000 saham Capital A yang dimiliki,'' menurut kenyataan itu.
Pemegang saham Capital A yang namanya tertera dalam rekod pendeposit pada pukul 5.00 petang pada tarikh kelayakan akan menerima saham agihan tersebut dan tidak perlu membuat sebarang pembayaran.
Keseluruhan penstrukturan ini disasarkan selesai menjelang Disember,disusuli dengan permohonan Capital A untuk keluar daripada status Amalan Nota 17 (PN17).
Menurut Ketua Pegawai Kewangannya,Mun Hui Teh,berkata penetapan tarikh kelayakan itu membawa kumpulan itu ke fasa terakhir penyahmilikan perniagaan penerbangan yang akan melengkapkan konsolidasi semua syarikat penerbangan AirAsia di bawah AAX.
''Susulan konsolidasi itu,AirAsia akan beroperasi sebagai syarikat penerbangan tunggal,dengan tumpuan kepada pengembangan rangkaian kos rendahnya di seluruh rantau ini dan destinasi lain.
“Capital A pula akan memberi tumpuan kepada lima cabang perniagaan berpotensi tinggi iaitu Asia Digital Engineering; Teleport; AirAsia MOVE; Santan serta AirAsia Next,” katanya.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur