2025-11-20 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,20 November - Produktiviti buruh per jam bekerja meningkat 3.8 peratus pada suku ketiga 2025,mencecah RM45.10 setiap jam,menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Malaysia,Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan memaklumkan,prestasi itu menunjukkan kedudukan produktiviti negara yang kukuh dan berdaya tahan,disokong keadaan ekonomi yang stabil serta pembaharuan berterusan dalam pasaran buruh.
"Strategi pembangunan modal insan perlu terus diperkukuh melalui pelaburan dalam transformasi digital,komunikasi dan analitik. Peningkatan produktiviti masa depan sangat bergantung pada pembangunan kemahiran dan penggunaan teknologi," menurut kenyataan itu.
Jumlah pekerja pada suku ketiga 2025 meningkat kepada 17.0 juta orang,menunjukkan pertumbuhan 1.5 peratus tahun ke tahun.
Produktiviti buruh per pekerja turut mencatat peningkatan 3.6 peratus,dengan nilai ditambah per pekerja mencecah RM26,052 seorang.
Pertumbuhan produktiviti per jam bekerja disokong peningkatan dalam semua sektor ekonomi utama,diterajui sektor pembinaan (10.2%),diikuti perlombongan dan pengkuarian (9.7%),pembuatan (4.2%),perkhidmatan (2.9%) dan pertanian (1.35%).
Dalam sektor perkhidmatan,pertumbuhan didorong kenaikan dalam hampir semua subsektor,dengan mencatat peningkatan tertinggi sebanyak 5.6 peratus.
Kemudian diikuti hartanah dan perkhidmatan perniagaan (5.9%),makanan dan minuman serta penginapan (5.8%),pengangkutan dan penyimpanan (5.1%),perdagangan borong dan runcit (2.5%) serta maklumat dan komunikasi (1.6%).
Sektor Pembuatan turut merekodkan peningkatan ketara dalam beberapa subsektor,termasuk minyak dan lemak daripada sayuran dan haiwan serta prosesan makanan (9.4%) serta produk elektrik,elektronik dan optikal (6.6%).
Dari sudut produktiviti per pekerja,sektor pembinaan terus meningkat dengan pertumbuhan 10.8 peratus,diikuti perlombongan & pengkuarian (8.9%),pembuatan (3.5%),perkhidmatan (2.8%) dan pertanian (0.5%).
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur