2025-11-21 HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Pangkalan Tentera Udara Waterkloof,Pretoria,Afrika Selatan / Foto RTM
PRETORIA,21 November - Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Afrika Selatan,pukul 6.38malam waktu tempatan padaKhamis (12.38 tengah malam Jumaat waktu Malaysia) bagi Lawatan Kerja dan menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Kumpulan 20 (G20).
Pesawat yang membawa beliau dan delegasi selamat mendarat di Pangkalan Tentera UdaraWaterkloof,Pretoria sebelum disambut olehPesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Afrika Selatan,Datuk Yubazlan Yusof bagi pihak Malaysia; Timbalan Menteri Pertahanan dan Veteran Tentera Afrika Selatan,Mejar Jeneral (B) Bantubonke “Bantu” Harrington Holomisa dan Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Antarabangsa dan Kerjasama untuk Asia Timur dan Oceania,Thandiwe Fadane yang mewakili Afrika Selatan.
Lawatan kerja Datuk Seri Anwar selama empat hari bermula 20 hingga 23 November ke Afrika Selatan adalah bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G20 diJohannesburg sebagai tetamu Presiden negara itu,Matamela Cyril Ramaphosa.
Perdana Menteri diundang atas kapasiti Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN bagi 2025.
Peranan Afrika Selatan sebagai Presiden G20 yang bertemakanSolidariti,Kesaksamaan,Kemampanan,juga dilihat bertepatan bagi sebuah negara sedang membangun mengemudi agenda global.
Datuk Seri Anwar yang juga Menteri Kewangan,diiringi Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa,pegawai-pegawai kerajaan serta delegasi perniagaan Malaysia.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur