2025-11-21 HaiPress

Tawaran haji sebanyak 50 peratus sebagaimana tular kebelakangan ini merujuk kepada data musim haji yang lepas
KUALA LUMPUR,21 November - Tawaran haji bagi musim 1447H/2026M sedang dikeluarkan secara berperingkat,menurut Lembaga Tabung Haji (TH).
TH menerusi kenyataan mengesahkan kadar penolakan tawaran setakat ini lebih rendah berbanding musim lalu susulan peringatan awal dan kempen simpanan berterusan kepada bakal jemaah.
TH menjelaskan liputan mengenai penolakan tawaran haji sebanyak 50 peratus sebagaimana tular kebelakangan ini merujuk kepada data musim haji yang lepas.
"Analisis menunjukkan penolakan ketika itu banyak berpunca daripada tahap simpanan yang rendah dalam kalangan pendeposit.
"Bagi musim haji yang akan datang,TH telah menggiatkan usaha antaranya membuat peringatan berkala seawal bulan Ogos 2025 kepada semua
bakal jemaah haji untuk membuat persediaan secukupnya dari segi kewangan,kesihatan dan ilmu pengetahuan," katanya hari ini.
Menurut kenyataan itu,jemaah haji perlu memastikan simpanan minimum RM15,000 dalam akaun masing-masing bagi melayakkan mereka menerima tawaran haji atau mengemukakan rayuan.
TH turut menggalakkan semua bakal jemaah menyimpan secara berkala dan menjaga kesihatan kendiri sebagai persiapan melengkapkan rukun Islam kelima.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur