2025-11-21 HaiPress

Proton menukar dokumen kerjasama strategik bersama MARii di GATE 2025
KUALA LUMPUR,21 November – PROTON memeterai Kerjasama Strategik lima tahun dengan Institut Robotik & IoT Automotif Malaysia (MARii) sempena Ekspo Automotif dan Teknologi Global 2025 (GATE 2025).
Kerjasama lima tahun itu menyaksikan pembabitan Proton dalam pembangunan Pusat Ujian Automotif Nasional (NATC),program perluasan perkongsian kemudahan ujian,serta program pembangunan bakat melibatkan 200 jurutera dan kakitangan teknikal R&D PROTON melalui latihan industri secara tersusun.
Kedua-dua pihak turut bersetuju membangunkan kemudahan baharu NATC yang akan dibuka kepada pengeluar kenderaan (OEM),institusi penyelidikan,pemain industri serta institusi pengajian tinggi bagi tujuan pembangunan dan penyelidikan bersama.
Kerjasama menyasarkan pembangunan 200 bakat R&D Proton,yang akan terlibat dalam pembangunan produk dan komponen masa hadapan khususnya berkaitan kenderaan tenaga baharu (NEV).
Dalam jangka panjang,inisiatif ini menyokong aspirasi menjadikan Lembah Teknologi Automotif Tinggi (AHTV) sebagai hab serantau bagi pembangunan dan pengeluaran model NEV.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur