2025-11-21 HaiPress

Exco Kesihatan Awam Negeri,Jamaliah Jamaluddin
SHAH ALAM,21 November - Selangor sedang merangka satu dasar komprehensif bagi menentukan hala tuju serta kawal selia penggunaan rokok elektronik atau vape.
Exco Kesihatan Awam Negeri,Jamaliah Jamaluddin berkata rangka itu memberi penekanan utama terhadap perlindungan remaja dan kesan kesihatan awam.
Sebagai langkah awal,kerajaan negeri akan menurunkan papan tanda iklan dan promosi vape di premis seluruh negeri sebagai langkah awal.
"Kerajaan Negeri turut memperkenalkan kempen larangan penggunaan vape dengan peruntukan sebanyak RM300,000,merangkumi projek rintis pencegahan dalam kalangan remaja serta program berhenti merokok dan vape.
“Kempen ini akan dimulakan dengan inisiatif mencegah remaja kita mendapatkan rokok atau vape. Untuk mereka yang telah bermula,kita jalankan program serta inisiatif berhenti merokok dan vape,serta memberi pendedahan mengenai kesannya terhadap kesihatan,” katanya ketika menjawab soalan lisan ADUN Pandamaran,Leong Tuck Chee pada sidang Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.
Menurut beliau dasar itu akan diselaraskan dengan ketetapan Akta Kawalan Produk Rokok untuk Kesihatan Awam 2023 (Akta 852),termasuk memperkukuh aspek penguatkuasaan di peringkat negeri.
Kempen itu juga akan diperluas ke kawasan lain termasuk sekolah bagi melindungi generasi masa depan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur