2025-11-21 HaiPress

Dr Amer Fawwaz berkata pembukaan semula kedutaan tersebut akan memudahkan urusan rundingan kerajaan Malaysia-Ethiopia
KUALA LUMPUR,21 November - Pembukaan semula Kedutaan Besar Malaysia di Addis Ababa,Ethiopia dijangka memperkukuh hubungan dua hala serta memperluas kerjasama diplomatik dan ekonomi antara kedua-dua negara.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA (UiTM),Dr Amer Fawwaz Mohamad Yasid berpendapat,langkah itu menandakan komitmen Malaysia untuk meningkatkan kehadiran strategik di benua Afrika,memandangkan Addis Ababa merupakan pusat pentadbiran Kesatuan Afrika.
"Langkah tersebut dijangka membuka lembaran baharu dalam usaha Malaysia mempelbagaikan kerjasama ekonomi,perdagangan dan pelaburan,selain menyediakan landasan lebih kukuh untuk sektor-sektor strategik yang berpotensi dikembangkan.
"Antara sektor utama yang dikenal pasti mempunyai potensi tinggi termasuk perdagangan,perindustrian,perladangan,teknologi pertanian,pendidikan dan perkhidmatan kewangan,bidang yang sememangnya mempunyai kepakaran dan kelebihan kompetitif Malaysia," katanya ketika dihubungi RTM .
Mengulas lanjut beliau berkata. pembukaan semula kedutaan tersebut juga dijangka memudahkan urusan rundingan kerajaan,memperkukuh akses pasaran bagi syarikat Malaysia dan menyokong penyertaan dalam projek pembangunan di Ethiopia,termasuk tenaga,infrastruktur dan teknologi maklumat.
Selain mempertingkat diplomasi ekonomi katanya,kehadiran misi diplomatik di Addis Ababa turut mengukuhkan perlindungan konsular dan memudah cara urusan rakyat Malaysia di rantau Afrika Timur.
"Ia sekali gus mengukuhkan komitmen Malaysia terhadap kerjasama dan menyokong agenda diplomasi ekonomi negara di peringkat global," katanya.
Terdahulu,Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan sulung rasmi ke Ethiopia dalam usaha Malaysia merpertingkat hubungan dengan benua Afrika,18 November lepas.
Lawatan itu meraikan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik yang telah terjalin sejak Januari 1965 dan bersempena dengan pembukaan semula Kedutaan Besar Malaysia di Addis Ababa pada 23 September 2025,selepas ditutup selama 42 tahun,memperkukuh hasrat Malaysia untuk terus meningkatkan hubungan dua hala yang erat.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur