2025-11-21 HaiPress

Mayat lelaki ditemukan di Sungai Kandis
SHAH ALAM,21 November - Mayat seorang lelaki berusia 37 tahun ditemukan terapung di kawasan perangkap sampah Sungai Kandis,di sini pagi tadi.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor,pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.10 pagi sebelum sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam digerakkan ke lokasi.
Mayat lelaki berketurunan India itu berjaya dibawa naik oleh pasukan bomba dengan bantuan bot milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor.
Hasil pengesahan polis di lokasi mendapati mayat tersebut adalah mangsa lemas di Pintasan Saloma,Kampung Baru,Kuala Lumpur sebelum dibawa arus sehingga ke Sungai Kandis.
Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur