2025-11-21 HaiPress

FOTO UiTM
SHAH ALAM,21 November – Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus mengukir kejayaan di pentas antarabangsa apabila Fakulti Perakaunan dinobatkan Naib Johan ('First Runner-Up') bagi kategori 'UK–Malaysia Partnership of the Year sempena 6th British Malaysian Chamber of Commerce' (BMCC)' Business Excellence Awards 2025' yang berlangsung di sebuah hotel di Selangor pada Khamis.
Anugerah itu mengiktiraf kecemerlangan kerjasama dua hala antara organisasi dari United Kingdom-Malaysia,terutama dalam usaha membina nilai strategik,inovasi pendidikan,pembangunan modal insan serta impak kolaboratif jangka panjang.
Naib Canselor UiTM,Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin menzahirkan penghargaan atas dedikasi warga Fakulti Perakaunan dalam memperkukuh jaringan akademik dan kerjasama antarabangsa.
"Pencapaian ini mencerminkan tradisi kecendekiaan yang kukuh serta kerjasama global berimpak tinggi,seterusnya mengangkat martabat UiTM di peringkat dunia," katanya menerusi kenyataan.
UiTM turut merakamkan penghargaan kepada 'Association of Chartered Certified Accountants' (ACCA) atas kerjasama hampir enam dekad,yang disifatkan sebagai komitmen bersama dalam memacu kecemerlangan pendidikan,pembangunan bakat dan pertumbuhan ekonomi negara.
Kerjasama yang bermula sejak 1967 itu dianggap antara model kolaboratif pendidikan antarabangsa paling mampan dan berimpak tinggi.
Sepanjang tempoh hampir enam dekad,kerjasama ACCA–UiTM telah melahirkan lebih 12,000 ahli gabungan ('affiliates') dan ahli ACCA,sekali gus menjadikan UiTM antara penyumbang terbesar kepada profesion perakaunan global.
Pencapaian tersebut diyakini turut memperkukuh agenda globalisasi universiti selaras dengan aspirasi UiTM Global dan UiTM 2030 dalam melahirkan graduan bertaraf dunia yang berdaya saing dan berintegriti.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur