2025-11-21 HaiPress

FOTO PEJABAT PERDANA MENTERI
JOHANNESBURG,21 November -Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 merupakan peluang bagi Kerajaan Persekutuan menjelaskan pelbagai isu serta inisiatif kerajaan pusat yang telah,sedang dan akan dilaksanakan di negeri berkenaan.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,pilihan raya itu juga menjadi medan bagi penduduk Sabah menilai sebaiknya pelbagai inisiatif yang sedang dan telah dilaksanakan Kerajaan MADANI di negeri tersebut.
“Sudah tiga tahun (Kerajaan MADANI mentadbir). Untuk Sabah,saya lakukan sedaya upaya. Soal api (elektrik),mereka minta kita serahkan kembali (kuasa kawal selia bekalan elektrik),kita serahkan. Tidak cukup dana,kita tambah,termasuk usaha lain yang sebenarnya tidak berada dalam skop Kerajaan Persekutuan.
“Ini termasuk isu bekalan air di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Masalah air di UMS,saya telah luluskan RM3 juta,” katanyakepada pemberita ketika dalam penerbangan dari Ethiopia ke Afrika Selatan.
Pada 2023,Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan RM3 juta kepada UMS bagi membantu menyelesaikan masalah bekalan air di universiti itu.
Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober 2023 turut memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah telah mencapai kesepakatan mengenai penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik yang berkuat kuasa pada 3 Januari 2024.
Datuk Seri Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau turut meneliti pelaksanaan projek Pan Borneo Sabah dan menegaskan bahawa pelaksanaan projek itu dijangka lebih cekap di bawah pendekatan tender terbuka dan telus.
"Saya beritahu Datuk Seri Hajiji Noor (Ketua Menteri Sabah),hanya syarikat yang benar-benar mampu melaksanakan projek ini boleh terlibat. Kita sudah rugi dua tiga tahun. Bahagian Pan Borneo di Sarawak hampir siap," katanya lagi.
Ditanya mengenai parti tempatan Sabah yang memainkan sentimen kenegerian,beliau berpendapat parti-parti terbabit mengalihkan perhatian daripada isu pokok,iaitu isu rompakan hasil negara sama ada di Semenanjung atau di Sabah,serta isu tadbir urus.
“Bagi saya,tidak timbul soal parti Semenanjung atau parti Sabah. Parti perlu berkhidmat,” tambahnya.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur