2025-11-23
HEYTEA iaitu jenama teh gaya baru dari China yang semakin terkenal secara rasminya telah menerima sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), membuktikan satu langkah ke hadapan dalam usaha lokalisasi dan pematuhan dalam pasaran di Malaysia.
Bagi menyambut pencapaian syarikat dalam memperoleh sijil Halal, HEYTEA mengadakan acara pemberian minuman percuma pada 7 November. Ramai pelanggan beratur di semua cawangan sejak dari masa pembukaan, dan pelanggan turut menyiarkan foto dan video dalam talian. Acara ini tular di seluruh Malaysia seterusnya menyaksikan penglibatan yang tinggi dan kehadiran pelanggan yang ramai.

Dengan lonjakan permintaan dan perhatian yang tinggi, apl HEYTEA menjadi antara apl terkenal dalam kategori Makanan & Minuman di App Store Malaysia pada hari yang sama, menggariskan momentum digital jenama yang semakin berkembang.
HEYTEA juga melanjutkan sambutan dengan memberikan ganjaran kepada ahli dalam apl pada 20 November termasuk pemberian 1,000 baucar minuman percuma yang dilancarkan setiap hari bermula dari 8-13 November dan kempen penebusan bermula dari 14 November hingga 20 November.
HEYTEA menembusi pasaran Malaysia pada bulan Disember 2023 dengan membuka kedai pertama di The Exchange TRX di Kuala Lumpur-iaitu pasaran Asia Tenggara kedua selepas Singapura. Jenama ini sekarang beroperasi di 15 cawangan di seluruh Kuala Lumpur, Johor, Penang, Pahang, dan Selangor dengan meliputi kawasan bandar utama komersial dan runcit yang mempunyai trafik tinggi.
Secara global, HEYTEA terus bertungkus-lumus untuk mengembangkan perniagaan mereka di luar negara dengan membuka lebih daripada 100 cawangan di seluruh Singapura, UK, Kanada, Australia, Malaysia, AS, dan Korea Selatan. Jenama ini juga menguatkan keupayaan rantaian bekalan, pembangunan produk setempat, dan kesedaran jenama global bagi memenuhi pasaran yang meluas dan pelbagai.
Pemerolehan pensijilan Halal dan pemberian minuman percuma di seluruh negara secara signifikan berjaya meningkatkan kadar keterlihatan perniagaan HEYTEA dan menguatkan hubungan dengan pengguna Malaysia seterusnya menandakan pencapaian penting perniagaan ini dalam perjalanan lokalisasi.
Tentang HEYTEA
Dibangunkan pada tahun 2012 di Jiangmen, Guangdong, China, HEYTEA merupakan jenama asli minuman teh gaya baru yang semakin dikenali. Jenama ini mencipta teh keju pertama di dunia menggunakan daun teh sebenar dan susu seterusnya menetapkan standard baru dalam industri. Dengan berpandukan komitmen dalam kualiti dan inovasi, HEYTEA kekal menggunakan bahan-bahan sebenar-teh, susu, buah-buahan, dan gula-sambil terus mencipta produk yang bersesuaian dengan kehendak pengguna muda di seluruh dunia. Hari ini, HEYTEA berjaya mengembangkan perniagaan di pasaran besar di Asia, Amerika Utara, Eropah, dan Oceania seterusnya menjadi jenama teh gaya baru yang paling berpengaruh di seluruh dunia.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur