2025-11-26 HaiPress

Poster Blok B2: Geng Hantu Multikaum
KUALA LUMPUR,26 November - Telefilem komedi seram Blok B2: Geng Hantu Multikaum merupakan usaha Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyajikan hiburan ringan berunsur pendidikan sosial,disokong nilai kesatuan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Pengarah Drama Blok B2: Geng Hantu Multikaum En. Khairul Anuar Mat Noor berkata,telefilem itu akan disiarkan pada Rabu,pukul 9.00 malam di TV2 dan RTMklik.
"Memang untuk membuat orang ketawa bukan perkara mudah,terutama apabila pelakon bukan daripada latar belakang komedi. Saya lebih bermain dengan situasi itu sendiri,kerana situasi itulah yang akan melahirkan jenaka.
"Yang penting,setiap pelakon perlu menghayati watak mereka. Mereka tidak semestinya perlu berlawak,tetapi cukup sekadar merasai situasi yang dihadapi. Jika watak itu takut,tunjukkan rasa takut; jika gembira,tunjukkan kegembiraan. Insya-Allah,apabila situasi itu tepat,jenaka akan muncul secara semula jadi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Mdeia.
Telefilem terbitan RTM itu menampilkan Mak Kiah Ferry Fajar,Serra Kamal,Kashika Selvam,Cora Waybin dan Allyna Wong sebagai antara pelakon utama serta dibantu oleh NS Nishalini,Ash Dee dan Glamorique Arshad.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur