2025-11-26 HaiPress

FACEBOOK MARITIM MALAYSIA
KUALA LINGGI,26 November – Seramai 153 individu berusia 24 hingga 60 tahun diperiksa dalam Operasi Bersepadu Op Tirai Biru yang dijalankan selama dua hari pada 24 hingga 25 November lalu.
Pemeriksaan melibatkan 56 warganegara dan 97 bukan warganegara.
Daripada jumlah tersebut,tiga individu iaitu dua lelaki dan seorang wanita warganegara Indonesia dan Pakistan berusia antara 26 hingga 56 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
Menerusi kenyataan di Facebook,Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan,Kapten Maritim Salehuddin Zakaria,berkata 22 pemeriksaan telah dilaksanakan membabitkan kapal,kenderaan dan premis di pesisir pantai sepanjang operasi.
Beliau menambah operasi julung kali diadakan itu menumpukan pemantauan ketat di perairan serta kawasan pesisir,khususnya terhadap aktiviti mencurigakan,selaras dengan SOP COMSEC yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.
Operasi itu bertujuan memperkukuh kesiapsiagaan dan tahap keselamatan di perairan Negeri Melaka,meskipun berdepan dengan cabaran cuaca Monsun Timur Laut.
Operasi turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi termasuk Briged Pertama Infantri Malaysia daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM),Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah dan Pasukan Polis Marin Wilayah 2 daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM),Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka serta Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka.
Jelas Salehuddin,kerjasama strategik melalui Op Tirai Biru akan terus diperkukuh bagi memastikan keselamatan perairan serta kedaulatan negara sentiasa berada pada tahap tertinggi.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur