2025-11-26 HaiPress

FOTO BERNAMA
KUALA LUMPUR,26 November - Sebanyak 1,161 Projek Jalan Perhubungan Desa (JPD) telah diluluskan di Sarawak oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). dengan peruntukan keseluruhan RM497.28 juta sejak tahun 2020.
Daripada jumlah itu,46 projek melibatkan kawasan Parlimen Igan,membabitkan peruntukan RM11.45 juta
Timbalan Menteri KKDW,Datuk Rubiah Wang,berkata pelaksanaan projek JPD memberi keutamaan kepada kampung yang masih tiada akses jalan yang baik.
Projek berkenaan akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) melalui kerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak.
Menurutnya,pemilihan projek JPD tertakluk kepada beberapa kriteria termasuk lokasi di luar pentadbiran PBT,memberi manfaat kepada penduduk setempat,serta menghubungkan kampung dengan jalan utama atau kemudahan awam.
"Kriteria dia meliputi kampung terpinggir serta penempatan kampung tersusun yang disediakan oleh kerajaan negeri dan kelapan kampung-kampung di kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah,Lembaga Kemajuan Tanah,Pentadbiran Jabatan Kemajuan Orang Asli,agensi-agensi rangkaian di bawah KKDW sama ada yang masih berkuasa-kuasa ataupun yang telah dibubarkan.
"Untuk makluman yang berhormat,itu kriteria pemilihan projek-projek JPD di seluruh negara dan pemilihan projek ini berdasarkan permohonan yang telah dikemukan kepada pihak KKDW negeri melalui Pejabat Daerah ataupun individu Jawatankuasa Kemajuan Kampung yang telah pun disiasat ini siasat dan mengikut skop ataupun spesifikasi yang telah dibuat." katanya.
Dalam pada itu beliau juga menegaskan penyelenggaraan jalan tidak termasuk dalam skop JPD,kerana semua jalan siap bina diserahkan kepada kerajaan negeri untuk didaftarkan dan disenggara melalui peruntukan MARRIS.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ahli parlimen Igan semasa sesi jawab lisan di Parlimen.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur