2025-11-26 HaiPress

FOTO BERNAMA
KUALA LUMPUR,26 November - Belanjawan 2026 memberi fokus baharu kepada sektor agrikomoditi melalui penggunaan teknologi dan inovasi ladang bagi meningkatkan daya saing industri serta memastikan kelestarian jangka panjang.
Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi,Datuk Yusran Shah Mohd Yusof berkata inisiatif tersebut penting bagi memastikan sektor berkenaan kekal mampan dan terus menjadi penyumbang utama kepada ekonomi negara.
“Pendigitalan pengurusan ladang juga diperkenalkan bagi membantu dalam mengenal pasti penyakit pada tanaman. Kalau dulu kita perlu turun ke ladang untuk periksa satu persatu. Jadi tindakan yang diambil itu agak lambat. Sekarang dron dan sistem IT dan IoT membolehkan tindakan mitigasi diambil lebih cepat,” katanya.
Menurut beliau,inovasi seperti penggunaan gas peransang susu getah mampu meningkatkan hasil getah beberapa kali ganda,manakala teknologi Internet of Things (IoT),dron dan digitalisasi ladang membolehkan pengesanan penyakit tanaman dilakukan lebih awal dan tepat.
Selain itu,usaha inovasi turut memberi tumpuan kepada pekebun kecil,supaya hasil mereka mematuhi piawaian global seperti European Union Deforestation Regulation (EUDR) dan boleh menembusi pasaran premium.
Bagi tujuan berkenaan,kerajaan menggalakkan penyertaan penyertaan pekebun kecil dalam pensijilan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) dalam pensijilan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) bagi memastikan hasil mereka diiktiraf sebagai mampan dan berpotensi memasuki pasaran antarabangsa.
“MSPO membantu pekebun kecil mengikut rangka kerja yang ditetapkan supaya produk mereka bukan sahaja diterima di peringkat antarabangsa tetapi juga dapat menjadi produk premium,” jelasnya.
Pendekatan menyeluruh melalui teknologi,inovasi dan pematuhan piawaian global ini diyakini akan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai peneraju sektor agrikomoditi di peringkat serantau.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur