2025-11-26 HaiPress

Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR 26 November -Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memulakan siasatan segera berhubung dakwaan bahawa seorang ahli perniagaan,Albert Tei,memberi rasuah kepada bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri,Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Ketua Pesuruhjaya SPRM,Tan Sri Azam Baki dalam satu kenyataan berkata,pihaknya akan memanggil individu berkaitan bagi membantu siasatan serta mengumpul bukti diperlukan.
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan.
"Berikan ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan dan mengumpul keterangan serta bukti berkaitan tohmahan ini," katanya menerusi kenyataan itu.
Tan Sri Azam berkata,siasatan akan diteruskan mengikut prosedur yang ditetapkan bagi memastikan setiap dakwaan diteliti secara telus dan menyeluruh.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur