2025-11-26 HaiPress

Program Pasar Patuh 3P Peringkat Negeri Johor di Pasar Awam Taman Perling
JOHOR BAHRU,26 September - Bekalan barangan keperluan dan barang kawalan di seluruh negeri,termasuk di kawasan berisiko banjir,berada pada tahap mencukupi susulan Monsun Timur Laut (MTL).
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor berkata,sesi libat urus bersama kerajaan negeri dan agensi berkaitan sedang dijalankan bagi memastikan rantaian bekalan tidak terjejas.
KPDN negeri telah mengarahkan semua pembekal dan pemborong untuk menyimpan sekurang-kurangnya 30 peratus stok tambahan sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan gangguan bekalan.
"Maknanya sekiranya berlaku bencana di kawasan-kawasan tertentu yang ditimpa banjir dan sebagainya. Memang akan secara automatik bagi peringkat bawah KPDN memastikan daripada segi keberadaan barang kawalan semua itu akan kita akan aktifkan bilik gerakan. Kita sudah benarkan juga maknanya semua pembekal pemborong menyimpan 30 peratus barang-barang kawalan dalam stok,jika berlaku sebarang bencana," katanya kepada pemberita selepas meninjau Program Pasar Patuh 3P Peringkat Negeri Johor di Pasar Awam Taman Perling.
KPDN turut bekerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA),Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan agensi berkaitan bagi memantau situasi semasa,memastikan rakyat Johor terus mendapat bekalan harian.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur