2025-11-26 HaiPress

FOTO BERNAMA
KUALA LUMPUR,26 November - Kerajaan komited memperluaskan akses pendidikan awal yang inklusif,berkualiti dan holistik kepada semua lapisan masyarakat khususnya kanak-kanak berkeperluan khas melalui pembukaan lebih banyak Tabika TunasIstimewa @ KEMAS
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah,Datuk Rubiah Wang,berkata
kira-kira RM5 juta diperuntukan kerajaan bagi membolehkan pembukaan lebih banyak Tabika Tunas Istimewa@KEMAS tahun depan bagi menampung keperluan kanak-kanak berkeperluan khas.
Beliau berkata perbelanjaan tersebut diguna untuk membaik pulih bangunan,pembelian peralatan,pembangunan modul,latihan guru serta program Bantuan Makanan Tambahan (BMT).
"Manakala bagi tahun 2026,kos yang diperlukan dianggarkan sebanyak RM5 juta,merangkumi baik pulih bangunan,latihan guru,Bantuan Makanan Tambahan (BMT),pemberian Geran Per Kapita (GPK),elaun kanak-kanak,serta bayaran elaun kepada Pendidik Masyarakat (PM),Pembantu Pendidik Masyarakat (PPM) dan Pembantu Pendidik Masyarakat Sukarela (PPMS) bagi 14 buah TABIKA Tunas Istimewa@KEMAS.
"Oleh itu,peruntukan yang akan disalurkan bagi setiap TABIKA Tunas Istimewa@KEMAS adalah meliputi Bantuan Makanan Tambahan (BMT),Geran Per Kapita (GPK) serta pemberian elaun kanak-kanak dengan anggaran sebanyak RM150,000. bagi setiap Tabika",katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Jeli,Zahari bin Kechik mengenai pelaksanaan Tabika Khas Kanak-Kanak Austisme dan peruntukan disalurkan untuk setiap TABIKA itu apabila dilaksanakan kelak.
Projek rintis program tersebut telah bermula pada 15 Julai 2025 di Melaka dan dilancarkan secara rasmi pada 16 Ogos 2025,melibatkan tiga TABIKA di Jasin,Melaka Tengah dan Masjid Tanah.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur