2025-11-26 HaiPress

Foto RTM
KUBANG PASU,26 November -Jabatan Pendidikan Negeri Kedah menyediakan sebuah lori tiga tan untuk membawa dan memindahkan calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di kawasan yang terkesan dengan banjir.
Pengarahnya,Abdul Rahim Mat berkata,kemudahan logistik itu bagi memastikan calon-calon yang terjejas dapat hadir ke pusat peperiksaan dengan selamat.
"Di kawasan Kubang Pasutelah dinaiki air disediakan lori tiga tan yang bertugas membawaanak-anak sewalpukul 6.00 pagi tadi," beliau bercakap kepada pemberita,selepas meninjau perjalanan peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Darul Aman SMKBBD yang dijadikan sekolah alternatif bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra yang terjejas banjir semalam.
Semalam seramai 163 calon SPM Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jitra dipindahkan ke sekolah itu,dengan bantuan beberapa trak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu.
Setakat pagi tadi sebanyak empat buah sekolah rendah dan satu buah sekolah menengah terjejas banjir di Kedah.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur