2025-11-26 HaiPress

Keadaan selepas banjir di Hulu Langat
HULU LANGAT,26 November - Situasi Banjir yang melanda negeri Selangor terutama di Hulu Langat semakin pulih,sebahagian penduduk terjejas mula pulang ke rumah dan membersihkan kediaman masing-masing.
Tinjauan RTM mendapati kebanyakan kediaman yang dimasuki air sejak Ahad sudah dibersihkan sejak semalam.
Ketua Kampung Sungai Serai Noor Azam Mohammad berkata,majoriti penduduk bertindak membersihkan kawasan kediaman sebaik sahaja keadaan banjir surut.
"Pada hari pertama,kebanyakan penduduk sudah keluar untuk membersihkan rumah masing-masing. Alhamdulillah,banyak kediaman telah siap dibersihkan," katanya ketika ditemui RTM.
Ketika ini,masih terdapat dua buahh PPS yang beroperasi di Hulu Langat,iaitu di Sekolah Kebangsaan Sungai Serai dan Kompleks Penghulu Batu 10.
31 penduduk daripada enam buah keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Serai manakala 37 penduduk daripada 12 keluarga pula ditempatkan di Kompleks Penghulu Batu 10.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur