2025-11-26 HaiPress

Keadaan selepas banjir di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Kerian 2,Kampung Chicha,Kota Bharu
KOTA BHARU,26 November - Banjir kilat dan air bertakung berulang saban tahun setiap kali hujan lebatmenimbulkan pelbagai kesulitan kepada penduduk yang tinggal di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Kerian 2,di sini.
Penduduk,Mohd Khairuddin Farani Abdul Rahman berkata,isu terbabit seperti tiada kesudahan di beberapa kawasan perumahan di kampung itu setiap kali hujan lebat.
Kejadian itu juga menyebabkan kerja harian tergendala dan menyukarkan penduduk untuk keluar bekerja malah ada juga kediaman penduduk dinaiki air dan turut mengakibatkan kerosakan harta benda menyebabkan penduduk terpaksa menanggung kerugian.
"Hujan lebat menyebabkan kawasan berhampiran belakang Sekolah Menengah Kubang Kerian Dua dinaiki air,sekali gus menjejaskan kira-kira 15 rumah.
"Setiap kali musim tengkujuh,kawasan ini dibelenggu air bertakung. Bila hujan lebat,kami jadi terkepung. Hendak keluar bekerja pun tak boleh,nak urus apa pun susah. Air bertakung paras dada dan beberapa rumah turut tenggelam," katanya.
Seorang lagi penduduk,Suhaimi Awang Man,berkata keadaan itu berlaku hampir setiap tahun,dengan air boleh mencecah kira-kira dua kaki di beberapa kawasan.
"Bila tiba musim tengkujuh,memang beginilah keadaannya. Hendak keluar pun sukar. Jadi setiap tahun kami kena bersedia awal,angkat barang-barang ke tempat tinggi kerana bimbang air naik," ujarnya.
Sementara itu,seorang lagi penduduk,Sofian Mohamad berkata,kejadian banjir kilat kerap berlaku di kawasan itu ekoran tiada sistem perparitan yang sempurna.
Apabila tiada sistem perparitan menyebabkan air tidak dapat keluar dan bertakung di kawasan rendah menyebabkan kediaman penduduk di situ di naiki air.
"Di sini tiada saliran besar,hanya longkang kecil di rumah masing-masing. Jadi air tiada tempat untuk mengalir. Bila hujan lebat,air akan terus bertakung. Setiap kali dengar hujan berlarutan dua atau tiga hari,kami jadi risau," katanya.
Penduduk berharap agar pihak berwajib dapat mengambil perhatian keluhan penduduk dan mengambil tindakan segera agar kejadian banjir kilat tidak lagi berlaku selepas ini.
Ddi kawasan tersebut terdapat kira-kira 15 buah rumah yang terjejas dan di kawasan perumahan lain turut mengalami kejadian sama.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur