2025-11-26 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,24 November - Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin walaupun sentimen kekal berhati-hati berikutan kenyataan bertentangan daripada pegawai kanan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan pelabur tidak pasti mengenai hala tuju jangka pendek mata wang itu.
Pada 8 pagi,ringgit mengukuh kepada 4.1435/1590 berbanding dolar AS daripada 4.1460/1495 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pegawai kanan Fed memberikan pandangan berbeza mengenai prospek kadar faedah.
“Presiden Fed Boston dilihat tidak bersedia untuk menyokong penurunan kadar faedah pada Disember,merujuk kepada petunjuk bercampur-campur daripada pasaran tenaga kerja dan risiko inflasi.
“Sementara itu,Presiden Fed New York menyatakan bahawa pendirian dasar monetari semasa adalah ketat,menunjukkan mungkin terdapat ruang untuk penurunan kadar faedah yang menjadi penanda aras itu,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil antara RM4.14 dan RM4.15 hari ini.
Pada sesi pembukaan,ringgit kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia mengukuh berbanding yen kepada 2.6447/6548 daripada 2.6453/6479 semasa ditutup pada Jumaat lepas dan meningkat berbanding euro kepada 4.7679/7858 daripada 4.7779/7819.
Bagaimanapun,mata wang tempatan rendah berbanding pound kepada 5.4263/4466 daripada 5.4143/4188 sebelum ini.
Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia rendah berbanding baht Thailand kepada 12.7649/8230 daripada 12.7601/7759 dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 247.8/248.9 daripada 248.0/248.3.
Ringgit kekal mendatar berbanding peso Filipina kepada 7.04/7.07 daripada 7.04/7.05 dan sebahagian besarnya tidak berubah berbanding dolar Singapura kepada 3.1695/1816 daripada 3.1695/1724 pada Jumaat lepas.- BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur